Asal Nama Fayoum
Cerita 1 :
Namanya dalam bahasa Inggeris juga dieja sebagai Fayum, Faiyum atau El Faiyum. Faiyum sebelum ini secara rasmi dinamakan Madīnet El Faiyum (Bahasa Arab untuk The City of Faiyum). Nama Faiyum juga boleh merujuk kepada Oasis Faiyum, walaupun ia biasa digunakan oleh orang Mesir hari ini untuk merujuk kepada bandar.
Nama moden bandar ini bermaksud Laut atau Tasik, yang pada susur galurnya berasal dari Mesir purba dengan makna yang sama.
Pada masa Mesir purba, kota itu dipanggil Shedet. El-Fayyum sebenarnya adalah kota suci Pithom iaitu pusat kultus buaya Sobek. Dari situ, orang Yunani menyebutnya "Kota Buaya" yang dipinjam ke bahasa Latin sebagai Crocodīlopolis. Penduduk kota ini menyembah buaya suci yang dipanggil Koine Petsuchos, "Anak Soukhos", yang dihiasi dengan emas dan permata. Petsoukhos tinggal di kolam kuil yang istimewa dan diberi makan oleh para penjaga kuil dengan makanan yang disediakan oleh pengunjung. Apabila Petsuchosmati, ia digantikan dengan buaya lain.
Cerita 2 :
Al-Fayum ini ada hubungkait yang rapat dengan Nabi Yusuf AS. Setelah Nabi Yusuf dipenjarakan selama 7 tahun, kemudian Nabi Yusuf dibebaskan lalu diangkat menjadi menteri perbendaharaan Mesir. Tugas pertama Nabi Yusuf adalah menangani musim kemarau yang akan mlanda Mesir, selama tujuh tahun. Lalu Nabi Yusuf menggali tiga buah selat di sekitar Sungai Nil untuk mengalirkan airnya ke Al-Fayoum, iaitu selat bahagian barat, timur, dan bahagian hulu.
Dengan digalinya tiga selat tersebut, daerah Al-Fayum menjadi subur dan hijau, kerana air sudah mengalir masuk, baik dari Sungai Nil mahupun air yang keluar dari dalam tanah. Selepas itu, Nabi Yusuf membangunkan 360 buah kampung di Kota Jaubah (Al-Fayum) tersebut. Bilangan kampung tersebut disesuaikan dengan jumlah hari dalam satu tahun iaitu 360 hari dengan maksud bahwa satu kampung di Kota Al-Fayum ini dapat membekalkan keperluan seluruh penduduk Mesir pada waktu itu dari kelaparan dan kemarau. Tetapi, projek pembangunan itu disiapkan hanya dalam tempoh 70 hari sahaja.
Raja Mesir ketika itu setelah melihat pembangunan yang dilakukan oleh Nabi Yusuf, ia berkata: "Luar biasa, hanya dengan 70 hari saja, Yusuf dapat membangunkan kota ini, padahal untuk dapat seperti ini, sekurangnya memerlukan tempoh seribu hari (Alf Yawm). Ini betul-betul pertolongan dari langit". Sejak itulah, nama Jaubah berubah mejadi Alf Yawm yang kemudian disingkatkan lagi menjadi kota Al-Fayoum.
Dengan idea luar biasa Nabi Yusuf inilah, Kota Al-Fayum sekarang menjadi kota paling banyak airnya di Mesir. Orang-orang Mesir menyebut Al-Fayoum sebagai Makhzan al-Maa’ bermaksud gudang air.
Menurut para pengkaji sejarah, air yang ada di Al-Fayum ini sangat memengaruhi warna dan rasa dari Sungai Nil yang ada di Mesir secara umum. Apabila air di Al-Fayum ini surut, warna dan rasa air Nil akan berubah di seluruh Mesir.
Disebabkan kesuburannya ini , Al-Fayum juga termasuk daerah yang banyak mengeluarkan padi. Itulah Al-Fayyum,daerah paling subur di Mesir.
Ketika Yunani menakluk Mesir, Kota Al-Fayum ditukar dengan nama Crocodilopolis atau dalam bahasa Arab disebut dengan Madinah at-Timsah yang bermaksud Kota Buaya kerana pada masa dahulu terdapat banyak buaya yang berkeliaran di situ. Untuk itu pula, dewa yang berkuasa dan menguasai Al-Fayum menurut kepercayaan Mesir Kuno bernama Dewa Sobek yang digambarkan dengan tubuh manusia, tapi berkepala buaya.
Topeng Mumia
Di Faiyum telah dijumai beberapa topeng kematian terkenal atau potret mumia yang dicat pada keranda dipercayai wujud semasa pendudukan Rom di kawasan itu. Kerajaan Rom mahukan setiap mayat dibakar tetapi penduduk tempatan menentang dan meneruskan amalan mereka untuk menguburkan mayat. Topeng kematian Mesir dicat pada kayu dalam teknik lilin berpigmen. Walaupun sebelum ini dipercayai topeng mumia ini menggambarkan peneroka Yunani di Mesir, kajian moden menunjukkan bahawa potret mumia Faiyum sebenarnya menceritakan sebahagian besar penduduk asli Mesir,
Tasik Qarun (Moeris)
Tasik Qarun ialah tasik purba di barat laut Faiyum. Dalam zaman prasejarah, ia adalah tasik air tawar, dengan kawasan yang dianggarkan antara 1,270 km² (490 mi²) dan 1,700 km² (656 mi²).
Ia berkekalan sehingga hari ini sebagai sebuah tasik air masin. Kedudukan tasik qarun adalah 43 m (140 kaki) di bawah paras laut, dan meliputi kira-kira 202 kilometer persegi (78 batu persegi). Tasik dan kawasan sekitarnya adalah kawasan yang dilindungi dan telah ditetapkan sebagai tapak yang dilindungi oleh Pertrubuhan Ramsar di bawah UNESCO sejak 2012.
Ia adalah sumber tilapia dan ikan lain untuk pasaran tempatan. Mamalia prasejarah Moeritherium ditemui di kawasan ini.
Asalnya Faiyum adalah dataran kering dimana Sungai Nil mengalir merentasinya. Lama kelamaan dasar sungai Nil menjadi tinggi dan beransur-ansur dipenuhi lumpur yang akhirnya melimpah keluar dan membentuk lembah Nil.
Akhirnya, lembah Nil menjadi cukup tinggi sehingga menyebabkan air dari Sungai Nil mengalir ke tanah rendah Faiyum, lalu terbentuklah sebuah tasik. Mengikut kajian, tasik ini wujud sejak kira-kira 3000 SM, sekitar zaman Menes (Narmer).
Pada tahun 2300 SM, aliran air dari Sungai Nil ke tasik semula jadi ini telah diperluas dan diperhebatkan dengan membina terusan. Terusan ini juga dipanggil Terusan Nabi Yusof. Projek ini dimulakan oleh firaun bernama Amenemhat III, atau mungkin oleh bapanya Senusret III. Terusan ini mengalirka air Sungai Nil ke dalam tasik. Terusan Ini bertujuan untuk : Mengawal banjir Sungai Nil, mengawal paras air Sungai Nil semasa musim kering, dan menyalurkan air kepada penduduk sekitar kawasan pengairan. Terdapat bukti firaun Mesir kuno dari dinasti kedua yang menggunakan tasik semulajadi Faiyum sebagai takungan untuk menyimpan lebih banyak air untuk kegunaan semasa musim kering.
Di tasik ini terdapat tinggalan jalan raya berturap yang paling terkenal di dunia, Lake Moeris Quarry Road, yang digunakan untuk mengangkut blok batu dari sebuah pengkalan kapal berhampiran dengan tasik untuk dihantar ke Giza untuk membina piramid.
Projek yang besar yang dilakukan oleh firaun Mesir kuno dari dinasti ke-12 untuk mengubah tasik menjadi takungan air yang besar membuktikan bahawa tasik itu adalah tasik buatan, seperti yang dilaporkan oleh para ahli geografi dan pengembara semasa zaman klasik. Tasik itu akhirnya ditinggalkan kerana Sungai Nil yang paling hampir telah mengering pada tahun 230 SM.
Asal nama Moeris : Nama Moeris berasal dari bahasa Yunani. Dalam bahasa Mesir kuno disebut mer-wer 'tasik besar'. Amenemhat III, yang memulakan projek ini juga dikenali sebagai Moeris. Di Mesir kuno, tasik itu juga dipanggil 'tasik', 'tasik tulen', dan 'tasik Osiris'. Semasa Kerajaan Tengah, seluruh kawasan di sekitar tasik sering dirujuk sebagai mer-wer. Begitu juga, perkataan Mesir Akhir Piom 'laut', yang asalnya terhad kepada Tasik Moeris, digunakan untuk merujuk kepada bandar Crocodilopolis, kemudian digunakan ke seluruh wilayah Fayum pada masa yang berikutnya.
Lembah Wadi El-Rayan adalah kawasan seluas 1759 km2, 113 km2 daripadanya merupakan tasik Wadi El Rayan. Ia terletak kira-kira 65 km barat daya bandar Faiyum dan 80 km barat Sungai Nil. Wadi El Rayan ialah tasik buatan manusia digunakan untuk saliran pertanian. Wadi El Rayan terdiri dari dua tasik yang berasingan. Tasik bahagian atas seluas 50.90 km2 dan tasik bahagian bawah seluas 62.00 km2. Antara kedua-dua tasik ini terdapat air terjun yang terkenal di Mesir.
Di selatan dan tenggara tasik ini ialah Gabal Manqueer Al Rayan, di mana fosil marin dan tinggalan arkeologi ditemui. Terdapat juga Gabal Madwera berhampiran tasik ini yang terkenal dengan pembentukan bukit pasir yang luas.
Di barat laut tasik ini ialah Wadi El Hitan yang merupakan kawasan yang mengandungi fosil ikan paus yang telah pupus.
✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈
Ingin melawat mesir dengan pakej istimewa?Sila hubungi kami sekarang!
Tawaran istimewa menanti anda....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan