Bandar Kaherah, salah satu bandar pelbagai budaya dan bertamadun di mana banyak era sejarah yang berbeza sepanjang zaman dapat dilihat di sini. Terdapat banyak monumen lama dan moden, umpama sebuah muzium terbuka menampilkan budaya Greek, Roman, Koptik, kesan Firaun dan sejarah Islam.
Sebelum adanya kota Kaherah, terlebih dahulu telah wujud kota purba zaman firaun yang digelar kota Heliopolis yang kini diberi nama "Ain Shams" merupakan salah satu kota kuno tertua di dunia . Bermulanya penaklukan islam di Mesir ialah semasa zaman Amru bin Al-Aas pada tahun 641 masihi dengan menubuhkan bandar Fustat. Kemudian pada zaman Abbasiah ditubuhkan pula bandar Askar. Selepas itu datang pula zaman Ahmad Ibnu Tulun yang menubuhkan bandar Qataie' sebagai pusat pemerintahannya. Ahmad Bin Tulun asalnya ialah gabenor kerajaan Abbasiah yang kemudiannya telah memberontak dan menubuhkan kerajaannya sendiri.
Setelah itu Mesir ditakluk pula oleh kerjaan Fatimiah yang pusat pemerintahannya ialah di Tunisia sekarang dengan dipimpin oleh Jawhar Assaqoli di bawah arahan khalifah Fatimiah pada waktu itu iaitu Al-Muiz Li Diinillah pada tahun 969 masihi. Kerajaan Fatimiah menjadikan Mesir sebagai pusat pemerintahan baru dengan memberi nama "Kaherah".
Kaherah turut digelar dengan pelbagai gelaran sepanjang zaman keberadaannya antaranya ialah Kota Seribu Menara kerana terdapat banyak menara masjid di kota tersebut. Begitu juga digelar dengan nama Mesir Yang Terpelihara, Permata Timur dan Kaherah Yang Hebat.
Semasa era Islam, Kaherah menyaksikan seni bina terbaik dalam pembinaan istana, kubu-kubu, pagar, sekolah dan masjid, memberikan pemandangan estetika sejak zaman lampau hinggalah zaman moden.
Kaherah merupakan wilayah yang meliputi seluruh bandar dan pada masa yang sama ia adalah sebuah kota besar merangkap sebuah negeri. Ia dibahagikan kepada 37 kawasan atau seksyen.
Kaherah merayakan hari kebangsaannya pada 6 Julai setiap tahun bermula dari tahun 969 hingga sekarang sudah lebih daripada 1044 tahun.
Kaherah juga menjadi pusat kepada beberapa pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti ibu pejabat Liga Arab dan pejabat serantau WHO, FAO, ICAO, ITU, UNFPA, Wanita PBB, Ibu Pejabat Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), serta markas Persekutuan Bola Keranjang Afrika.

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈
Ingin melawat mesir dengan pakej istimewa?
Sila hubungi kami sekarang!
Tawaran istimewa menanti anda....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan