Untuk sampai ke Mesir ada beberapa penerbangan yang menjadi pilihan. Antaranya ialah Saudia Airline, Emirate dan Etihad. Ketiga tiga penerbangan ini menjadi pilihan kerana keselesaan dan pengiktirafan.
Saya pernah menaiki penerbangan Saudi Airline yang berpangkalan di Jeddah. Inilah satu satunya penerbangan yang mesra muslim kerana di dalam kapal terbang mereka ada disediakan ruangan solat yang agak selesa di bahagian belakang bagi memudahkan penumpang beragama islam menunaikan solat apabila masuk waktu.
Di dalam gambar di atas saya berlatarbelakang kapal terbang terbaru Saudi Airline iaitu Boeing 787 Dreamliner. Setiap hari penerbangan ini berulang alik antara Jeddah dan Kuala Lumpur. Apa yang menarik dengan penerbangan ini ialah sistem tingkapnya yang berbeza dengan Boeing 777. Jika Boeing 777, penumpang perlu menutup tingkap secara manual untuk tidur tetapi 787 ianya jenis tinted automatik yang dikawal secara berpusat oleh seorang anak kapal. Contohnya selepas waktu makan, cermin akan digelapkan semuanya sehingga jadi seperti malam sedangkan di luar kapal terbang matahari terpacak di atas kepala dan masih terang benderang. Pada masa ini seolah olah anak kapal mewajibkan semua penumpang tidur kerana perjalanan masih jauh. Dan pada satu masa yang lain, penumpang boleh mengawalnya dengan menekan butang kawalan yang disediakan di setiap bawah tingkap.
Selepas transit di Jeddah beberapa jam, penumpang akan bertukar penerbangan ke Mesir pula untuk tempoh 2 jam lagi. Sebelum itu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam lingkungan 8 jam. Total waktu makan dari Kuala Lumpur ke Mesir ialah 3 kali. Tentu puas hati kan?
Jika kita menaiki Etihad, tempat transitnya ialah Abu Dhabi. Jika menaiki Emirate, tempat transitnya ialah Dubai. Kedua dua tempat transit ini ialah pengkalan utama penerbangan tersebut.
Anda akan merasakan pengalaman yang menyeronokan bila menaiki salah satu dari penerbangan yang saya sebutkan tadi. Sangat mengujakan dan tak akan lupa sampai bila bila.
****************************
Jom melawat mesir Disember 2018
****************************
Jom melawat mesir Disember 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan