Isnin, 10 September 2018

Jom Melawat Mesir



Mesir sebuah negara yang melalui zaman peradaban manusia yang panjang. Semenjak Nabi Musa a.s lagi dinasti firaun telah mentadbir negara mesir sehingga beratus tahun. Kesan sejarah firaun dapat dilihat dengan nyata sehingga hari ini.

Para nabi nabi ramai berada di sini suatu ketika dulu seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Saleh dan lain-lain lagi. Kisah nabi - nabi ini semuanya diceritakan di dalam al-quran. Kisah Nabi Musa paling banyak diceritakan. Kesan sejarah Nabi Musa banyak terdapat di Semenanjung Sinai.

Selain itu kisah lain yang mashur ialah kisah Qarun yang hidup pada zaman Nabi Musa. Seorang yang tidak bersyukur dengan kekayaan yang Allah berikan padanya. Lalu Allah binasakan dia dengan menenggelamkannya ke dalam perut bumi. Kesan runtuhan istananya masih ada sehingga kini.

Setelah itu beralih pula kepada zaman sahabat Nabi Muhammad SAW yang telah datang ke Mesir untuk menyebarkan islam. Mereka diketuai oleh Amru bin al-Ash. Sebuah masjid telah dibina setelah Amru sampai ke Mesir. Masjid itu merupakan masjid pertama dibina di Mesir bahkan pertama di benua afrika. Masjid Amru masih kekal dan digunakan sehingga kini.

Beralih pula pada zaman Salahuddin Al- Ayyubi yang pernah menakluk Mesir. Kesan pemerintahan beliau ialah Kubu Salahuddin yang dibina untuk menahan Mesir dari serangan musuh. Tersergam indah di atas sebuah bukit dengan binaan masjid era Turki Usmaniah di dalamnya menjadikan kota Salahuddin Al-Ayyubi ini  tersergam indah dari jauh. Kota ini juga mandapat bekalan air dari saliran yang dibina dari atas sebuah bukit berhadapan dengan kota ini.

Begitu juga kota Kaherah menyimpan jasad para ulamak dan auliyak sepanjang zaman seperti imam mazhab kita Al Imam As Syafie r.a, Izz Abdus Salam, Ibnu Sirin,  Sayyidah Nafisah, Rabiatul Adawiyah, Hassan Al Banna, Saidina Hussin dan lain - lain lagi.

Mesir juga melalui zaman peralihan kuasa yang memahat sejarah berharga bagi rakyat Mesir. Peristiwa penggulingan kuasa oleh tentera ke atas raja Farouk I pada era 50-an menjadikan sistem pemerintahan beraja mesir tamat di situ. Kemudian  Mesir mengikut acuan republik di mana Muhammad Naquib sebagai presiden pertama Mesir. Kemudian diikuti Jamal Abdul Nasir, Anwar Sadat, Hosni Mubarak, Morsi (masa singkat) dan terkini Abdul Fatah As Sisi.  Kesan kesan sejarah raja Farouk I boleh dilihat di Iskandariah dan Kaherah.

Inilah secara ringkas kesan kesan sejarah  Mesir yang akan dilawati dalam kembara bumi Mesir yang dianjurkan oleh kami setiap tahun. Jangan lepaskan peluang pengembaraan hebat ini dengan kos yang sangat murah dan pasti memuaskan hati.


Antara tempat tempat menarik yang bakal dilawati ialah :

Sekitar Kota Kaherah
1. Piramid Giza.
2. Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi.
3. Makam Imam Syafie.
4. Sungai Nil.
5. Muzium Mesir (Artifak firaun banyak terdaat di sini)
6. Masjid Al-Azhar, Masjid Hussin, Masjid Sayyidah Nafisah, Masjid Amru Al-Ash.
7. Masjid Sultan Hassan dan Masjid Rifaie (Bersebelahan)
8. Pasar Khan Khalili (Shopping).

Iskandariah 
1. Montazah - Taman istana raja Farouk dinasti terakhir sistem beraja Mesir (Tempat cantik di tepi laut).
2. Kota Qoitbay.
3. Pantai Iskandariah.
4. Makam Nabi Daniel, Abu Darda', Luqmanul Hakim, Imam Busairi dan lain lain.

Semenanjung Sinai 
1. Tinggalan Kubu Israel
2. Uyun Musa (Telaga 12 kaum Nabi Musa)
3. Bukit Tursina (Tempat Nabi Musa bercakap dengan Allah S.W.T)
4. Kesan lembu samiri (Patung anak lembu)
5. Makam Nabi Saleh dan Nabi Harun
6. Glass Boat dan Snokling - Dahab (Pakej 1 sahaja)

Fayoum (Bandar Nabi Yusuf) - Pakej 1 sahaja
1. Tasik Qarun
2. Istana Qarun
3. Kincir air Zaman Fatimiah
4. Air terjun di padang pasir (boleh mandi)
Tempoh ziarah - 10 hari atau 7 hari termasuk hari pergi dan balik.

Pakej all in termasuk..
1. Tiket kapal terbang pergi balik dari KLIA.
2. Makan minum
3. Penginapan
4. Pengangkutan
5. Tiket masuk tempat tempat menarik

Harga Pakej - RM4500 atau RM4800 sahaja (boleh banding dengan pakej lain)
Deposit - RM1000

Jika ada pertanyaan boleh wasap atau hubungi saya terus di link berikut : Ziarah Mesir

Jumpa di sana ya....

Tiada ulasan: